Posts

Showing posts from January, 2018

NAS SATAY SAWIT

Image
ASSALAMUALAIKUM... Hey! nad nak cerita pasal satu warung dekat banting ni. Nama warung tersebut "Nas Satay Sawit". Kalau korang nak pergi search je kat waze nama warung tersebut. Kenapa panggil satay sawit? Biji sawit buat satay ke? hahaha act warung mereka bawah pokok kelapa sawit. Thats why mereka letak nama tu. Makanan yang ada di sana cuma sup-sup je dgn satay. Antara makanan yang ditawarkan di sana ialah mee sup, bihun sup, ketiaw sup, laksa, mee kari dan satay. Satay di sana cuma ada satay ayam dan daging je. Tapi satay dia memang tiptop sedap. Perkhidmatan dekat sana memang bagus, mereka menggunakan perkhidmatan table service. Makanan yang di order cepat je sampai, cuma satay  kena tunggu sekejap, sebab kalau ada order baru bakarkan. Tapi takde lah lambat sangat cuma 5-10 minit.                                                           Bihun sup mmng the best!                                                                Laksa dia pun sedap.....      

Apa itu perkhidmatan makanan?

Assalamualaikum,hey ! Okay nad nak cerita sikit lah pasal perkhidmatan makanan ni,  seems semua orang tak tahu pasal perkhidmatan makanan tu apa? Meh kita cerita serba sedikit apa yang nad tau hekhek. Perkhidmatan makanan ni merujuk kepada sesuatu institusi atau kedai makan, restoran atau pihak-pihak tertentu yang menawarkan perhidangan makanan dan minuman yang telah siap dipesan, untuk dimakan atau minum sama ada di premis atau di luar premis. ia juga meliputi kepada perkhidmatan kulinari dan katering. Pilihan perkhidmatan makanan boleh dibuat dalam bentuk ala carte atau layan diri. Istilah ini meliputi kepelbagaian tempat dan kelainan cara masakan. Perkhidmatan makanan kini amat mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan kerana itu banyak dari pengendali perkhidmatan makanan menawarkan pakej-pakej pengurusan dan khidmat penyediaan dan penghantaran makanan yang pelbagai bergantung kepada kos, kehendak pelanggan dan kualiti perkhidmatan. Okay, act ni subjek pengurusan