Posts

Showing posts from February, 2018

KESIMPULAN

Dari berbagai sudut yang diterangkan dalam tugasan kali ini, dapat disimpulakan bahawa sebagai pemberi perkhidmatan, restoran menyediakan perkhidmatan makanan yang sangat diperlukan pada masa kini. Kita mempunyai banyak pilihan yang mana boleh memberikan kepuasan kepada kita setelah makan di restoran tersebut. Namun demikian, perlu diingatkan bahawa pemilihan makanan perlulah mengikut syariat agama islam. Daripada pengalaman ini, nad dapat belajar serba sedikit tentang perkhidmatan makanan yang ada di bumi ini. Nad juga dapat mengetahui pelbagai cara bagaimana pelayan melayan kita, sama ada secara mesra atau tidak.      Konklusinya, selaras dengan pembangunan negara yang semakin pesat, perkhidmatan makanan telah banyak membuka cawangan perniagaan yang memberi peluang kepada kita untuk mencuba hidangan serta menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka.                                                  

BERJALAN KE HOSPITAL CAFE SHAH ALAM

Image
ASSALAMUALAIKUM... Hai semua! harini nad nak share sikit pengalaman nad makan di hospital. Hospital terbahagi kepada dua, ada hospital swasta dan kerajaan. Makanan di hospital swasta jauh lebih mahal dari hospital kerajaan tetapi perkhidmatan yang diberikan cukup sempurna. Hospital kerajaan pun okay, tapi kuranglah sikit. okay sekarang ni nad nak cerita nad makan di cafetria hospital shah alam. Memandangkan nad pun dah dekat area shah alam ni, alang-alang tu pergilah cuba makan disitu.                     ini adalah pandangan luar hospital shah alam, baru luar eh belum sampai cafetria lagi Terdapat pelbagai makanan disana, antaranya nasi berlauk dan sebagainya. Di sana kebanyakkannya adalah makanan makanan yang berkhasiat. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan, sesuai dengan semua jenis golongan. Cafe tersebut bukan sahaja kakitangan hospital sahaja, orang luar turut datang untuk menjamu selera di situ. Pelbagai jenis bangsa turut makan disitu. ini adalah suasana di ca

SINGGAH KE R&R DENGKIL

Image
Assalamualaikum... Hey ualls! im back! cuti cuti ni nad taktau nak buat apa, so nad dengan kawan kawan  plan pergi berjalan ke KL. Dalam perjalan nad pergi KL, nad singgah makan di R&R. So, harini nad nak kongsikan sedikit pengalaman singgah makan di R&R. Nad dengan kawan kawan singgah makan di R&R Dengkil (Arah Utara). Di sana, kita dapat melihat sendiri dan merasai perkhidmatan yang mereka sediakan seperti yang korang semua tahu, R&R ni sememangnya dibina untuk pelancong berehat seketika kerana terlalu lama memandu. Ia juga menyediakan tempat untuk solat dan makan. pemandangan luar R&R Ini merupakan suasana semasa nad singgah di R&R Dengkil, sangat ramai pengunjung yang terdiri daripada keluarga atau rakan-rakan yang singgah berehat di R&R ini. Perkhidmatan yang diberikan di R&R ini adalah merupakan self service iaitu pengunjung harus membuat pesanan di kedai dengan sendirinya. salah satu kedai yang terdapat di R&R ant

KANTIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BANTING

Image
ASSALAMUALAIKUM... Hai semua! i'm back! Harini nad pergi ke kantin sekolah. Nad telah pergi ke kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting. Nad pergi sana bukanlah nak makan beria sangat, nad cuma nak rasai pengalaman bersama dengan pelajar sekolah makan di kantin sekolah. Nad juga pernah makan di kantin seperti mereka dahulu. Tiada perbezaan dari segi pembangunan kantin tersebut. Bagi nad, harga yang ditawarkan tidaklah terlalu mahal, sesuai untuk pelajar sekolah membelinya. Tetapi harga berbeza ketika nad sekolah disitu. suasana di persekitaran kantin, sungguh menarik Kantin sekolah ini menyediakan pelbagai jenis makanan, contohnya bihun goreng, kuih-muih, air dan sebagainya. Ini juga adalah satu tarikan kepada pelajar untuk makan di kantin sekolah. Kantin ini mempunyai dua sesi iaitu sebelah pagi dan petang. Sesi pagi mereka akan menyediakan makanan berat, manakala sesi petang mereka menyediakan makanan yg agak ringan. Antara juadah yang ada di kantin s

SHUSHI KING

Image
Assalamualaikum.... Hai semua! Apa khabar semuanya! harini nad nak share sikit pengalaman pergi makan di Shushi king bersama dengan kawan nad. Lokasi yang nad kunjungi adalah di Mitsui Premiun Outlet.                                     Suasana di shushi king ini sangat tenang dan sesuai untuk pelanggan yang berkeluarga. Terdapat banyak menu yang ditawarkan kepada pelanggan misalnya A'la carte, set meal, set breakfast, minuman dan pencuci mulut. Ia menyediakan makanan, minuman serta pencuci mulut dan sesuai untuk semua peringkat umur, Harga yang ditwarkan kepada pelanggan seimbang dengan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka. Berikut adalah merupakan menu yang di sediakan di Shushi king.                                                                           Ini adalah menu makanan A'la Carte Menu yang ditawarkan lebih kepada shushi jenis A'la carte. Bagi sesiapa yang suka makan makanan jepun tu boleh la datang ke shushi king ni, mereka ada jual pelbagai je