NAS SATAY SAWIT
ASSALAMUALAIKUM...
Hey! nad nak cerita pasal satu warung dekat banting ni. Nama warung tersebut "Nas Satay Sawit". Kalau korang nak pergi search je kat waze nama warung tersebut. Kenapa panggil satay sawit? Biji sawit buat satay ke? hahaha act warung mereka bawah pokok kelapa sawit. Thats why mereka letak nama tu. Makanan yang ada di sana cuma sup-sup je dgn satay. Antara makanan yang ditawarkan di sana ialah mee sup, bihun sup, ketiaw sup, laksa, mee kari dan satay. Satay di sana cuma ada satay ayam dan daging je. Tapi satay dia memang tiptop sedap. Perkhidmatan dekat sana memang bagus, mereka menggunakan perkhidmatan table service. Makanan yang di order cepat je sampai, cuma satay kena tunggu sekejap, sebab kalau ada order baru bakarkan. Tapi takde lah lambat sangat cuma 5-10 minit.
Bihun sup mmng the best!
Laksa dia pun sedap.....
Satay ayam dan daging (ada nasi impit tapi nad tak order)
Mee sup....
Di sana tiada masakan panas cuma ada apa yang nad sebut atas tu. Tapi makanan mereka memang sedap bagi nad. Harga pun berpatutan. Makanan yang sup semua harga RM4.00 je satu mangkuk. Satay secucuk harga RM0.80sen. Murah pun murah, sedap pun sedap hehehe. Masa nad pergi makan bertiga, harga cuma 20 ringgit lebih je. Sangatlah murah. Pekerja di sana pun semuanya peramah je. nad suggest kat ualls pergilah makan kat sana. Serious nad tak tipu mmng sedap makanan kat sana.
ohh yaa kita lupa nak bagitahu, Operasi kedai ni Isnin-Ahad (Khamis cuti). Pukul 3 dah buka dah, tapi kalau satay lepas asar baru buka. Konsep warung di sini ialah santai santai di bawah pokok kelapa sawit. Ala ala kampung gitu.
Ni signboard kedai dia, kalau nak buat tempahan pun boleh..
Alamat : Kampung Olak Lempit, banting selangor

No telefon : 0132212642
Okay, itu je yang nad nak cerita tentang warung yang viral
dekat banting ni. nad suggest korang semua try lah makan okay! BYE UALLS! Assalamualaikum ~
Comments
Post a Comment