Apa itu perkhidmatan makanan?




Assalamualaikum,hey ! Okay nad nak cerita sikit lah pasal perkhidmatan makanan ni,  seems semua orang tak tahu pasal perkhidmatan makanan tu apa? Meh kita cerita serba sedikit apa yang nad tau hekhek.

Perkhidmatan makanan ni merujuk kepada sesuatu institusi atau kedai makan, restoran atau pihak-pihak tertentu yang menawarkan perhidangan makanan dan minuman yang telah siap dipesan, untuk dimakan atau minum sama ada di premis atau di luar premis. ia juga meliputi kepada perkhidmatan kulinari dan katering. Pilihan perkhidmatan makanan boleh dibuat dalam bentuk ala carte atau layan diri. Istilah ini meliputi kepelbagaian tempat dan kelainan cara masakan.

Perkhidmatan makanan kini amat mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan kerana itu banyak dari pengendali perkhidmatan makanan menawarkan pakej-pakej pengurusan dan khidmat penyediaan dan penghantaran makanan yang pelbagai bergantung kepada kos, kehendak pelanggan dan kualiti perkhidmatan.

Okay, act ni subjek pengurusan sistem katering. Btw, subjek ni under Operasi hotel dan katering. Okay bila cakap subjek ni under hotel mesti semua orang pandang rendah af, tapi pedulikan mereka semua sebab insyaaAllah tak kira course apa yang kita semua amek kalau  pemalas, ualls takkan berjaya jugak. Samalah dengan course ni, nampak je under hotel tapi susah jugak tau! Siapa yang dapat course ni, nad sarankan amek je jangan tolak sebab kalau rajin kita semua akan dapat kerja sebab course ni more kepada makanan. Selagi ada orang yang nak makan selagi tu korang penting, so bersyukur!


okaylah, nad dah taktau nak cerita apa. tu lah serba sedikit yang nad tahu.  yela hari ahad kan otak pun layu je lagi lagi musim hujan ni. mood asyik nak tido je. nnti nad cerita lagi pasal makanan, sbb nad dgn makanan tak boleh dipisahkan. sama jugak korang kan? BYE UALLS! Assalamualaikum~

Comments

  1. saya minta izin untuk jadikan info ini sebagai
    rujukan

    ReplyDelete
  2. bukan first and second prwnggan tu dri wikipedia ke.. copy ke?

    ReplyDelete
  3. saya simpan untuk rujukan terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KESIMPULAN

SINGGAH KE R&R DENGKIL