KANTIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BANTING

ASSALAMUALAIKUM...

Hai semua! i'm back! Harini nad pergi ke kantin sekolah. Nad telah pergi ke kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting. Nad pergi sana bukanlah nak makan beria sangat, nad cuma nak rasai pengalaman bersama dengan pelajar sekolah makan di kantin sekolah. Nad juga pernah makan di kantin seperti mereka dahulu. Tiada perbezaan dari segi pembangunan kantin tersebut. Bagi nad, harga yang ditawarkan tidaklah terlalu mahal, sesuai untuk pelajar sekolah membelinya. Tetapi harga berbeza ketika nad sekolah disitu.


suasana di persekitaran kantin, sungguh menarik

Kantin sekolah ini menyediakan pelbagai jenis makanan, contohnya bihun goreng, kuih-muih, air dan sebagainya. Ini juga adalah satu tarikan kepada pelajar untuk makan di kantin sekolah. Kantin ini mempunyai dua sesi iaitu sebelah pagi dan petang. Sesi pagi mereka akan menyediakan makanan berat, manakala sesi petang mereka menyediakan makanan yg agak ringan.


Antara juadah yang ada di kantin sekolah tersebut.

Pelbagai jenis kuih muih yang disediakan

Kebiasaannya di kantin sekolah, perkhidmatan yang diberikan adalah self service. Pelajar akan beratur untuk membeli makanan. Ini juga membuatkan pelajar pelajar lebih berdisplin.


Okaylah guys, itu je yang nad nak share dengan korang tentang kantin sekolah ni. Bagi nad, makanan kat sini pun boleh tahan sedap lah. hehehe BYE!

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu perkhidmatan makanan?

KESIMPULAN

SINGGAH KE R&R DENGKIL