KESIMPULAN
Dari berbagai sudut yang diterangkan dalam tugasan kali ini, dapat disimpulakan bahawa sebagai pemberi perkhidmatan, restoran menyediakan perkhidmatan makanan yang sangat diperlukan pada masa kini. Kita mempunyai banyak pilihan yang mana boleh memberikan kepuasan kepada kita setelah makan di restoran tersebut. Namun demikian, perlu diingatkan bahawa pemilihan makanan perlulah mengikut syariat agama islam. Daripada pengalaman ini, nad dapat belajar serba sedikit tentang perkhidmatan makanan yang ada di bumi ini. Nad juga dapat mengetahui pelbagai cara bagaimana pelayan melayan kita, sama ada secara mesra atau tidak. Konklusinya, selaras dengan pembangunan negara yang semakin pesat, perkhidmatan makanan telah banyak membuka cawangan perniagaan yang memberi peluang kepada kita untuk mencuba hidangan serta menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka.